Usahawan wanita Singapura disaran manfaatkan inisiatif keusahawanan

0
30

Usahawan wanita Melayu di Singapura perlu tampil menguasai perniagaan di pelbagai bidang dengan memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan khusus untuk bidang keusahawanan, kata Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Memetik laporan Berita Harian Singapura, beliau menjelaskan bahawa antara inisiatif yang wajar direbut peluangnya oleh golongan berkenaan adalah seperti teknologi, automasi dan pelbagai geran pemerintah.

“Kalau boleh, saya inginkan para wanita kita mengakses peluang yang ada dengan mendapatkan pelanggan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dunia.

“Mereka hanya dapat melakukan demikian sekiranya mereka memperkukuh keupayaan mereka,” katanya pada satu sesi dialog tertutup bersama-sama 30 usahawan wanita Melayu daripada cabang wanita Dewan Perniagaan dan Perusahan Melayu Singapura (DPPMS) di Istana Singapura, baru-baru ini.

Halimah-Yacob-Kredit-foto-FB-Halima-Yacob-MCI-Photo-by-Lee-Jia-Wen.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.